Masalah pada gigi bongsu Gigi_bongsu

Gigi yang terhimpit

Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, kadangkala rahang tidak memiliki ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu tumbuh dengan sempurna. Akibatnya gigi bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gigi. Masalah ini selalunya diatasi dengan cara mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu berada dalam kedudukan yang sukar untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang dihimpit agar gigi bongsu mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh.

Gigi yang tidak muncul sempurna pada gusi

Kadangkala gigi bongsu tidak tumbuh dengan sempurna pada gusi. Gusi yang menutupi gigi dapat mengakibatkan sisa makanan dan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi.